Zebra Blind / Roller Blind atau Roman Blind?

04 October 2018
Zebra blind. Gambar from one of the showrooms


Rumah kondominium kami baru VP dalam beberapa bulan lepas. Jadi semenjak tu, busy sikit setelkan rumah lain.. rumah hakiki memang kelautt lahhh.. Kami furnish-kan rumah tu, jadi salah satu benda yang nak dibuat ialah sudah tentu soft furnishing kegemaran nurin iaitu setelkan langsir yang nurin cerita dalam episod shopping langsir terbaru..uhuhu..


Langsir yang nurin beli ialah langsir blackout warna cream , dan full height dari siling sampai lantai. Layout master bedroom dia dari segi tingkap dan layout keseluruhan agak pelik.. sebab pertamanya, ada 2 tingkap yang kecik.. dalam 2 kaki x 6 kaki je saiznya. Lepas tu jarak tingkap tu dari hujung ke hujung tak sama. Tingkap yang belah kanan sangat dekat dengan hujung, yang belah kiri jauh pulak dari hujung.

Tingkap kanan tu dekat sangat dengan dinding yang sebelah

Orang kat situ cakap sebab antara 2 tingkap tu ialah tempat letak bedhead katil, tapi masalahnya kalau katil letak kat situ, akan menghadap toilet pulak. Which is not good lah.. Chinese folks pun tak gemar sebab fengshui tak baguih katanya.

Ada rasa dilema sikit sebab taktau camne nak pasang langsir kat tingkap ni. Sudah tentu kalau pasang 2 keping langsir untuk tutup tingkap tu je, sangatlahh peliknye.. dah la tingkap ni hujung ke hujung tak sama, nak pasang langsir kecik je memang tak cantik lah, kalau simetri jarak tingkap ni dari hujung dinding ok la jugak.

contoh macam ni kan.. simetri (source pinterest)

Pilihan kedua ialah pasang blind. Semua showroom yang nurin masuk kat condo ni, semuanya pakai blinds untuk master bedroom ni. Takde yang pakai langsir. Tak pernah terfikir nak pasang blind kat bilik, tambah lagi master bedroom.. selalu ingat blind ni untuk dapur atau wooden blind untuk luar rumah / patio je gitu.. Ragu2 jugak nak cuba pasang blind.

Pilihan ketiga ialah nak pasang langsir dari hujung ke hujung.. kiranya satu dinding tu langsir semata. Lebar 17 kaki dari hujung ke hujung. Bila kira2, beza harga antara pasang blind dengan pasang langsir 17 kaki takde terlalu jauh beza (langsir 17 kaki mahal sikiit je dalam RM xx kalau ikutkan pengiraan), tapi ada a few doubts.. gelap ke nanti bilik.. kemas ke kalau pasang langsir punya panjang.. kain yang ai beli tu takde la mahal pun.. murah2 je kain blackout nyer.. (anyway, kain tu berkedut..nasib lerr tak beli langsir untuk bilik ni, mau jenuh nurin nak iron langsir kedut 17 kaki.. kalau tak, ngadap la tak cantik langsir kedut 17 kaki hehehe)

Bila orang railing datang ukur, dia cadangkan buat blind.. so oklah, blind it is then untuk master bedroom. So nurin pun survey2 la satu2nya jenis blind yang nurin tau masa tu...iaitu zebra blind. Rasanya zebra blind ni sama je dengan roller blind.. I think??

Zebra Blind

Ada beberapa seller yang jual zebra blind kat instagram. Nurin tanya sorang seller yang kami pernah beli blind dia untuk dapur. Tapi masalahnya sebab kena pre-order la pulakk..tunggu dalam 2-3 minggu baru dapat. 2 seller macam tu, so nurin tak dan nak carik lagi supplier lain.

Kat Nilai 3 pun ada survey jugak zebra blind.. but strangely, beberapa kedai yang nurin pergi, dia ada macam minimum order.. blind tu kena minimum 24 kaki persegi..untuk satu blind. Maksudnya walaupun kita beli banyak keping blind, tapi setiap satu blind tu tak cukup 24 kaki persegi , contoh macam tingkap nurin 2 x 6 = 12 kaki kann setiap satu.. so dia akan charge harga 20 kaki persegi. Walaupun kita beli banyak. Ada 2-3 kedai jugak yang nurin masuk ada minimum order camni.. rugi lah, sebab tingkap nurin kecik je.
Harga untuk 20 kaki persegi ialah RM 240 kat Nilai 3.. rata2 yang paling murah nurin jumpa. Walaupun saiz lagi kecik daripada 20, still akan charge RM 240 jugak.

Of course ada lagi yang mahal lahh.. ada yang "anti-mold" lah, ada yang ada corak bunga2 lahh.. ok. 



Tapi yang nurin survey kat instagram, jual ikut banyak pilihan saiz. Jadi boleh pilih dari banyak pilihan ikut berapa kaki lebar and tinggi. Which is more reasonable lah.


Roman Blind

Beza dengan zebra blind yang jual siap berapa kaki, roman blind lain pulak. Rupanya roman blind ni ala2 langsir jugak..haha..boleh taktau selama ni pun..

Untuk zebra blind, cara maintenance dia ialah dengan wipe clean je.. tapi as for roman blind, ialah basuh macam langsir biasa. 

Nurin decide untuk buat roman blind sebab zebra blind kena tunggu lama lah pulak.. so saleslady dekat kedai Kamdar tu tanya nak pakai kain apa. So of course nurin pilih je kain blackout yang sama dengan langsir yang nurin dah pilih. 

Lepas tu, dia tanya untuk kain untuk bahagian blind belakang, nak pakai kain yang sama ke atau kain lain. Dia cadangkan pakai kain yang murah je sebab tak nampak. Ohhh.. Rupanya kain bahagian belakang tu fungsi dia untuk tutup belah belakang, sebab kalau tak nanti nampak besi blind.. haha noob gila nurin sebab taktau hape..


Kain belah belakang, nurin pilih yang murah sikit

Contoh kain dekat kedai

Besi untuk roman blind, sebelum orang installer tu pasangkan dalam roman blind. Ada tiga batang besi ni for every blind

Pasang Roman Blind




Ni rupa railing track untuk roman blind. Harga untuk upah jahit roman blind yang nurin dapat lebih mahal daripada jahit langsir biasa.. sebagai panduan, upah jahit langsir nurin yang lain ialah RM 11 untuk setiap keping kain bidang 60 (design french pleat, full height) dan RM 2 untuk setiap tie-back (pengikat langsir).

Manakala untuk roman blind ni, kedai charge RM 15 / kaki lebar tingkap. 

Tu baru upah jahit, pastu ada charge supply railing pulak.

Untuk langsir, nurin dapat quotation RM 6 untuk setiap kaki lebar tingkap. Mungkin ada sesetengah rasa mahal, sebab dah masuk upah orang ukur tingkap, bagi quotation kepada tailor, pastu datang lagi untuk supply dan pasang railing. Tapi roman blind pulak, quotation nurin dapat RM 17.35 / kaki. Fuhhh..mahal betul.




Installer tu pasang dengan lekat velcro je daripada kain roman blind tu terus ke railing. Nurin tanya ni tahan lama ke.. lekat guna velcro je..  tambah pulak kalau nak basuh, masuk washing machine semua.. dia kata tahan. Ada anyone punya pengalaman yang boleh share?

Dia ajar jugak camne nak cabut blind tu dan cabut tali blind. OK lah, let's see how my tenants will maintain these blinds.

Anyway, share lah pengalaman guna roller blind / zebra blind atau roman blind. Apa kekurangan atau kelebihan dia.. atau dari segi maintenance? Mechanism dia cepat ke rosak..?

Kedai Kain Langsir Blackout Murah 2018

03 October 2018


Inbox nurin penuh dengan soalan tentang kat mana nak cari kain langsir murah. Errr.. soalan tu susah untuk dijawab. Sebab bergantung la pada jenis kain apa yang kau nak, kaler apa, tebal macam mana, pattern apa.. 

Kalau macam tahun lepas nurin beli langsir untuk rumah, RM 45 semeter nurin rasa murah, sebab memang nurin nak design camtu. Orang lain mungkin rasa mahal. So memang ler bergantung pada banyak faktor. Pergi la survey dulu 2-3 kedai ke, ambik ilham dulu jenis kain langsir terkini di pasaran, pastu kau buat la perbandingan.

Setakat ni, nurin ada lah dalam banyak round jugak carik langsir.. terbaru, misi langsir nurin ialah:


Langsir jenis blackout, warna cerah, full height sampai siling, dan harga yang murah - yang ni untuk kondo kami yang baru siap tapi elegan..gitu..


Untuk dipendekkan cerita, untuk kriteria di atas, nurin telah memilih kedai kain Nagoya di Jalan TAR sebagai tempat terbaik. OK, untuk cerita panjang, boleh sambung baca di bawah..

Untuk survey harga dan jenis2 langsir, setakat ni nurin akan pergi 2 tempat je: Nilai 3 dan Jalan Tunku Abdul Rahman (Jln TAR), KL. Tempat lain dah tak pergi dah sebab sini senang nak survey banyak2 kedai dalam satu masa.

Untuk misi kali ni, sebab nurin nak survey secara cepat, nurin akan masuk, bagitau yang nurin nak langsir blackout warna cerah, kalau ada, nurin akan tengok dan tanya beberapa perkara kat salesperson:
  • Berapa ringgit semeter
  • Bidang berapa:
    • Biasanya boleh agak dengan cepat bidang berapa, boleh refer post ni camne nak tau. Tapi selalunya antara bidang besar (contoh bidang 110 dengan bidang 126 - dua2 adalah bidang besar), tak dapat nak tau perbezaan sangat
    • Bila dah tau bidang berapa boleh buat perbandingan. Secara kasar, very roughly je tau.. biasanya kain langsir bidang 110 adalah 2 kali ganda besar berbanding dengan bidang 60. Jadi tak hairanlah kalau harga kain bidang 110 mungkin lebih mahal untuk semeter, tapi kain yang kita perlu guna tak sebanyak bidang yang kecik macam bidang 60 atau 54.. ada paham??
Yang roll langir biru dan hijau tu, bidang 110. Yang tinggi sikit kat sebelah dia tu..warna cream and hitam, tu bidang 126

  • Pastu nurin akan tanya berapa upah jahit, yang ni susah sikit nak compare sebab ada kedai ikut charge setiap keping langsir, ada yang charge ikut berapa kaki panjang. Tapi biasanya banyak kedai ikut charge RM xx / keping langsir
    • Bagitau yang nak pasang full height dan bagitau agak2 berapa meter tinggi. Kadang2 ada kedai yang kena adjust harga upah jahit bila dia tahu kita nak buat full height.. ai is tak paham kenapa tapi layankan aja....
  • Berapa harga railing + upah pasang railing 
    • Yang railing ni sebenarnya kalau korang tanya kat kedai hardware, boleh dapat jauh lagi murah. Haritu nurin kira, boleh dapat 100% lagi murah kalau beli kat hardware. Tapi Hubby tak nak beli kat hardware sebab dia tak yakin.. takut jenis murah dan bila tarik langsir takut dia tak jalan
    • Kalau nak beli railing je, dah boleh jimat kalau pasang sendiri
    • Tips kalau nak beli langsir, lebih baik dah siap pasang railing dulu. Lepas tu baru buat kiraan untuk buat langsir
Nurin pergi survey kat KL time lunch je.. masuk keluar, masuk keluar.. kejap je siap. Tak payah duduk mintak dia kira dulu, rekod je dulu harga2 yang berkenaan.

Hasil survey nurin, kebanyakan kat Nilai kurang menepati ciri2 murah.. kecuali ada 1-2 kedai yang kecik. Yang paling nurin minat ialah kain jenis macam ni, tapi harga dia mahal, RM 45 semeter kat Star City Textiles, Nilai 3, bidang 60. 



Kat kedai kain Nafisa, berkenan kain blackout yang ini.. bidang 126, RM 55 semeter. Agak berpatutan jugak. Kalau nak compare dengan bidang 60 equivalent, harga dia dalam RM 55 bahagi 2 = RM 22 semeter gitu. Bidang 126 perfect untuk tingkap kondo nurin, sebab tinggi dia dari lantai sampai siling dalam 120 inci. So agak2 dah tolak basi semua, 126 inci - 8 inci.. boleh la dapat good full height curtain. Kalau bidang 110 tak dapat lah nak full height, melainkan kena tambah sikit lagi kain, which is rugi kain and membazir upah jahit.

Kedai kain Nafisa, Nilai 3

Kedai kain Nafisa, Nilai 3
Dua jenis kain ni nampak sama je, dekat Kamdar dengan Nagoya, Jalan TAR KL. Tapi harga dia berbeza..yang Nagoya punya jauh lagi murah.

Kamdar

Kain yang sama, kat Kamdar

Yang ni di Nagoya.. sama je jenis kain dia.. tapi harga jauh beza oi.. RM 29.90 vs RM 12. Masa nurin pegi tu ada 10% diskaun siap. Tapi bila datang balik nak beli, 10% diskaun tu dah habis..huhu. Kain dia blackout, tapi tak berat, agak ringan tapi kaler dia pleasant gitu.

Nagoya

Testing sample kain dengan wallpaper kat condo kami.. sebelum beli.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...