Sebelum ni saya pernah cerita tentang plan untuk dapur di sini , sini dan banyak lagi link lain. InsyaAllah we will materialize the kitchen in the near term. Oleh kerana plan untuk renovation dah tak jadi (boleh baca minor story kat sini ), we have to make do with a small kitchen. Design dia akan jadi design dry kitchen, tapi fungsi macam dry + wet kitchen. Sebelum kami akan pasang kitchen cabinet, kami nak pasang tiles baru untuk menggantikan tiles sedia ada. Lagi senang bila dah pasang sebelum kitchen cabinet masuk.
And we hacked our own tiles. OK, sebenarnya bukan 'we', tapi mostly Mr Hubby yang buat. Alasannya sebab untuk jimat kos daripada upah kontraktor yang buat. Dapur ni tak besar pun, dalam keluasan 10 kaki x 9 kaki je tapi kalau ikutkan rough quotation, untuk cabut tiles ni sahaja mungkin menelan belanja RM 800 - RM 1000 depending how tough the job is I guess.
And truth to it, the job was tough, according to Hubby, sebab simen dia sangat lah keras dan tebal untuk ditanggalkan. Meh tengok anatomi lantai yang ditanggalkan.
Exhibit A(from left) : Spesimen serpihan tile, simen, subfloor |
Pada lantai ni ada tiga layer.. yang layer atas sekali is obviously the tiles. Layer kedua ialah simen dan layer paling bawah is what people call the subfloor.
Tengok tebal tak tebal the cement.. subfloor dia kat sini tak berapa nampak sebab mungkin bahagian kat sini nipis je. The subfloor ni fungsi dia untuk ratakan konkrit kat bawah tu, oleh itu kat setiap bahagian tak sama ketebalan. Ada yang tebal, ada yang nipis.
Tools that were used..
Exhibit B: Glove dengan goggles |
Exhibit Cfrom left: Hammer, sledgehammer, taktau apa nama dia tapi untuk kopakkan tiles |
Drill |
Finally, cleaning up session..
Penyapu tu paling senang nak kumpulkan semua debris kat satu tempat, lepas tu penyodok belah kanan tu untuk masukkan dalam kotak. And we used a trolley untuk transfer all debris, humban kat laman rumah, dah menggunung jadinya. Lepas tu nak buat apa dengan benda tu, tak pasti lagi huhu.. Nak buang mana pun tak tau.
Gambar selepas takde la pulak tapi ada gambar semasa tengah buat. All in all, kerja nye memenatkan. Did not help sebab simen dia sangat tebal dan susah nak cabut. Tapi kalau suruh kontraktor mungkin dia akan charge lebih banyak, kan? Tangan ada yang dah berdarah2 (ni kes tak pakai glove!) dan debris semua kena kat rambut etc.. haha.
The entire process took about 3 trips, worth about 12 hours' work. Dan kami jimat dalam RM 800 - RM 1000 :)
Masih tak yakin nak pasang tiles sendiri. Oleh itu, kami dah panggil kontraktor untuk pasang tiles kat dapur ni.. harap semua ok.
yg penting jimat kan
ReplyDeleteselagi boleh jimat, saya pun akan jimat..selagi boleh wat sendiri,kami buat suami isteri..mana yang tak mampu xde skill baru upah orang
ReplyDeletebetul2
ReplyDeleteok x kualiti Bosch Rotary Hammer tu? kuat tak dia nye power..sdg dlm perancang jugak nak beli
ReplyDeleteBosch DRE 2-26.. suami saya kata yang model ni paling berbaloi beli..
Delete