Review ni ikut pengalaman saya tak seberapa pun. Tambah lagi Excel Qhalif saya pergi sekali je, sedangkan ALIM Kids memang saya join cuma selalu jugak la tak datang.. saya review both playgroup sebab nak kumpul dalam satu post je..
Untuk Part 2, just nak tulis what I like and I don't quite like for both playgroups.. Hope that will give mommies out there some guide and encouragement untuk bawak anak ke playgroup, kepada sesapa yang memang berminat.
What I Like...
Excel Qhalif:
- Suka dengan aktiviti fizikal dia.. macam in my first post, the children main masuk terowong, balance beams.. tempat playgroup dia agak besar
- Suka dengan interaksi antara other children. Tak terlalu banyak, lagipun kanak2 ni 2 tahun gitu je.. nak bersosial pun macam gitu2 je la
- Masa trial class dia, Teacher dia selalu bagi advice dekat parents.. kiranya sambil anak main2, ada advice2 jugak la.. contohnya, kalau untuk ajar anak cepat bercakap, encourage dia untuk sebut apa yang dia nak, bukan tunjuk untuk dapatkan apa yang dia nak
- Encourages punctuality.. cepat start, cepat habis.. kan?
- Encourages children's independence.. contohnya, kemas barang kraf lepas habis, simpan meja sendiri.. (walaupun to me, simpan meja ni untuk older children.. but so far I am OK sebab the parents are there to assist their children)
- Walaupun kena bayar bulanan, tapi kalau tak dapat datang, tak semestinya burn je.. boleh arrange dengan Teacher untuk datang sesi yang lain. Dia ada banyak sesi, jadinya takde masalah
- Tak kisah daddy join..
- I suka dengan "soft pad" yang Teacher bagi for each child. "Soft pad" dia bentuk bunga, Teacher bagi kat semua orang dan semua kanak2 kena duduk atas tu. It was a relief for me as it was a distraction to my daughter.. dia akan tertarik untuk duduk atas flower tu daripada duduk atas riba saya. Kalau selalu kat playgroup lain, dia asyik nak menempel jee..
Soft pad yang Aisyah duduk |
ALIM Kids Bdr Pinggiran Putra:
- Suka dengan struktur yuran dia.. Kalau tak datang, tak payah bayar. Cuma bayar bila datang. Sesuai untuk kami yang tak boleh terikat sangat dengan weekly committment
- Suka dengan elemen Islamic yang dia selitkan dalam playgroup ni.. contoh: baca doa, story book Islamic, baca doa makan
- At the end of each playgroup session, ada sesi makan minum.. Kanak2 boleh duduk dan makan sama2.. encourages social interaction. Walaupun budak2 kecik ni senyap je..nak borak pun mana reti kann..haha
- Sesi kraf dia menarik dan banyak variety
Sesi kraf ALIM Kids, main dengan water colour untuk tepek atas tangan |
What I Don't Quite Like..
Excel Qhalif:
- Walaupun bilik dia agak besar, tapi kalau ramai sangat, mungkin sorang parent kena duduk kat luar. Kat bahagian luar, tempat dia agak sempit
- Yuran dia. To me, it is quite expensive
- Nak pergi situ agak congested dan jam..
- There is no difference between Module 1 atau Module 6 contohnya.. A child can join Module 6 first, ataupun boleh join Module 1..ikut availability masa tu. Bagi saya, kalau module 1 untuk kanak2 lebih muda dan progress dengan 2,3,4,.. lebih bagus. Sebab budak2 kecik mungkin sesuai main kaler.. (Module 1,2 contohnya) but as you progress further, boleh main gunting+gam, atau main collage ke.. more challenging crafts.. Sebab tu la haritu waktu trial class, terkejut jugak sebab waktu kraf dia main gunting in which my daughter is probably too young for that
ALIM Kids Bdr Pinggiran Putra:
- Selalunya tak punctual kadang2 lambat 20-25 minit gitu. Tak berapa best bagi saya sebab saya duduk jauh. Selalunya I am the first to show up tapi masih orang lain tak sampai, ataupun Teacher tak ready. Kadang2 tak boleh nak agak juga, sebab we are dealing with small kids right..
- Tak bagi daddy join sekali. Tapi selalunya ada je daddy yang duduk kat hujung dan observe. Mula2 dia kata ada satu bilik yang daddy boleh duduk and tunggu, tapi selalu saya datang, tempat tu ada je orang occupied..ada seminar etc
Harap membantu mommies out there :)
No comments:
Post a Comment