Melancong Hokkaido Musim Panas/Autumn: Airport dan Noboribetsu

15 September 2017
~Edisi Bercuti Jalan2 ke Hokkaido~


Tahun ni kami ke Jepun lagi. Tahun 2014 pegi Kyoto, kali ni ke Hokkaido pulak, iaitu pulau nun di utara Jepun. Waktu beli tiket tu memang tengok yang murah je, kebetulan bulan September. Dah masuk bulan Sept baru perasan yang bulan ni Malaysia banyak public holiday. Apa lagi memang layann...

Menang contest anjuran Matta.Travel . Laman web ni kalau kau nak carik promo travel package selain daripada tempoh Matta Fair. Kiranya takyah tunggu Matta Fair la. 

Pemenang grand prize dapat masuk muka dalam suratkhabar. Aku beli suratkhabar, harap ada keluar gambar. Keciwa sebab pemenang tempat pertama je ada..hehe.



Voucher tu cukup untuk beli tiket flight je, pastu kena topup sikit lagi. Jaaadilah nak....mak teringin nak gi jalan lagi ni. Tah camne masa Matta Fair pagi nak spend voucher tu tetibe mak bertukar fikiran nak pegi Hokkaido pulak. Mula2 nak pegi cruise la apa la.

Nasib tak beli utk cruise sebab mak tak suka jalan2 ada had masa. 


Kami bercuti memang bawak anak. Bercuti ni bukan untuk best sendiri je, tapi masa untuk bonding dengan anak. 


Apa yang best sangat dengan airport New Chitose ni? Ada yang baca airport ni best la, lain dari yang lain la. OK fine, ada Doraemon, Hello Kitty. Dekat bahagian domestic terminal siap ada kedai jual king crab la (yang dah mati, bukan yang masih hidup). 

Smile Road ni ada section2 yang menarik untuk kanak2 la. Ada indoor playground. Ada macam mini amusement park, bayar tiket pastu masuk kat dalam tu ada interactive play, etc. 

Ada 3 amusement park : Doraemon, Hello Kitty dengan Royce Chocolate. Yang coklat tu macam best sebab kalau masuk boleh tengok cara pembuatan coklat jenama Royce.

Apsal abahnya suka ambik gambar belakang

Hello Kitty mini amusement centre. Tak masuk. Tengok features tempat ni macam untuk budak besar sikit je. 

My Aisyah asyik ajak pergi Doraemon. Pegi ler beli tiket. Abah nya dgn Adam dok lepak kat luar. Muka dah macam zombie sebab tak cukup tidur dalam flight.

Lepas tu bila dah beli tiket, dia tak nak masuk pulak. Ah sudah. Rupanya dia nak main benda lain kat luar entrance tu. Yang masuk duit pastu tikam2 tu, nasib pandai aim boleh tarik Doraemon soft toy satu. Masuk 100 yen, tak pandai aim, duit burn. 


Wahai anak kalau mama tau kamu taknak masuk, takde nak beli tiket masuk Doraemon ni. 800 yen untuk adult dan 400 yen untuk kanak2, dah nak dekat RM 50 mama belanja sia2.

Takde la best mana pun tempat tu. Dia tulis kalau nak cepat boleh habiskan dalam 30 minit. Kalau lama dan participate dalam aktiviti, mungkin sejam atau lama.

Sejujurnya, kami tak lama mana pun. Ada 20 minit je kot. 


Boleh lah, dapat ambik gambar kamu takde badan sebagai kenang2an.



Pastu pergi carik post office. Pakej sewa kereta yang kami ambik dah termasuk free internet plan. 

Kena ambik package yang ada nama Hubby kat airport punya post office, pakej tu ada sim kad. Pelik pulak kena ambik kat post office. Orang post office tu aku tunjuk reservation number tu dia siap hait hait, so aku bajet dia paham je la kan.

Kecewa sebab ingatkan dapat router yang boleh kongsi wifi. Tapi kami bersyukur aa ada internet. Ni first time sepanjang travel yang kami ada internet. Selama ni kami bergantung pada paper map dan pembacaan je.

Lagipun kali ni jalan kat countryside mana nak cekau free wifi oi. Lagi satu makin tua ni makin malas nak membaca pasal travel ni. Dulu masa takde anak rajin sangat.

Anak kami yang suka mundar mandir dengan botol susu dia

Sewa kereta. Dah nak dekat pukul 1 pm iaitu masa untuk ambik kereta sewa, kami menuju ke kaunter kereta sewa. 

Hokkaido punya industri kereta sewa adalah kompetitif oleh sebab banyak tempat dia memerlukan kereta untuk jalan. 

Hanya kalau kau kat bandar Sapporo dia je yang lebih bagus naik train/subway. Pulau yang paling kurang dibangunkan. For good reasons :)

Kami bayar lebih sikit untuk ambik kereta sedan sebab takut kereta compact tak muat pulak nak letak barang, dengan stroller semua. 

Boleh ke bawak kereta bang, kata ngantuk.



Meh saya ajarkan cara2 untuk menggunakan GPS ni.


Mesti.ambik.English.GPS.

Itu adalah route kami yang pertama. Dari Chitose kami akan turun ke Noboribetsu, iaitu tempat pelancongan yang popular dengan natural hot spring. 

Hokkaido ni ada sikit expressway, tak banyak tapi boleh lah menghubungkan bandar/pekan dia yang utama. Sebelum kami masuk expressway tu, pengalaman pertama yang agak janggal. Dah baca dah sebelum datang sana.

Speed limit 40 km sejam!

Kau bayangkan camne perasaan 40 km sejam tu? Lawak jugak la, sebab nak letak kaki atas accelerator tu pun dah jadi terlebih 40. Kena hati2 bila tekan accelerator, tekan sangat la light nya sebab takut terlebih speed limit.

Sudahnya kereta, lori semua potong kami.

40 km sejam la sangat kereta lain pun.. ye la tu.

Bila masuk expressway baru dapat pecut 100 km sejam.

By this time Hubby dah tukar suruh nurin drive. Ngantuk amat ler tu. Entah kenapa tah kat dalam flight dia tak boleh tidur katanya. 

Exit tol. Nampak tak apa yang kitorang nampak.. hee.. tuuu yang belah kiri tu.

Dah sampai exit Noboribetsu-Higashi, nampak ada sorang laki ni tercegat kat tepi tol so nurin pun perlahankan lah kereta yang memang dah sedia perlahan. Yela kita mesti bagi lalu pejalan kaki dulu kan.

Dalam hati dok cepat ler ish cepat ler lintas oi.

Biasanya kalau dok tercegat camtu kalau kat highway Malaysia, sebab dia nak lintas dari satu tol booth ke booth lain.


Bila dah makin dekat baru perasan, oh rupanya pakcik yang tercegat tu ialah penjaga tol. 

Kat Malaysia tol booth dia setakat nampak tangan terhulur je, muka pun tak nampak kadang2. 

Bila dah keluar daripada exit tu baru perasan. Oh agaknya pintu penjaga tol ni sampai paras pinggang je mesti sebab senang diorang nak tunduk2 hait2 kan.

Kalau tol booth dia asyik ramai pengguna je mesti kesian kan asyik kena berdiri. 

Nasib ler dia tak hait hait masa kitorang bayar tol haritu, kalau tak mau nye nurin kena kuar hait hait jugak. Haha.


Setan Noboribetsu.

Bila dah masuk dalam sikit kat area Noboribetsu ni, kami baru teringat yang eh kat luar sejuk la apsal kitorang pasang aircon dalam kereta.

Temperature dalam 16 C gitu, tak panas dan tak sejuk sangat. Cameron Highlands gitu. 

So kami tutup aircon kereta and bukak la tingkap kereta. 

Pastu...




"Ish kentut pulak you ni"

"Mana ada kentut!" balas encik suami.

"Ni bau ni apa? Kuat betul"

"Mana la tau" balasnya lagi

Lepas tu baru perasan yang ooooo... 

Noboribetsu ni terkenal dengan active volcano, dan air panas dia mengalir ke hot spring. Dan ia jugak mengeluarkan bau sulfur yang bau kuat dan tak sedap. 

Bau macam telur busuk pun ada. Bau macam kentut pun ada. Ke dua2 bau tu sama... gitu..

Sori.. ingatkan u kentut. 




Kami duduk kat Takimoto Inn. Old school hotel ni, sejak 1972 gitu. 

Tempat ni memang penuh dengan hotel je.. sebab semuanya ambik peluang daripada natural hot spring yang ada di bawah tanah untuk bangunkan hotel dan jadikan hot spring sebagai satu tarikan.

Kami dapat access ke hot spring bertentangan dengan hotel ni, which is hotel yang pertama dibina dan mempunyai hot spring yang paling besar di sini.

Tapi tak pergi la hot spring.

I is malu.

Takpe la lain kali la.

Lain kali kita nak datang Hokkaido lagi kan bang.. kan? kan?

Parking kereta free disediakan, tapi jauh sikit dalam 300 metre kot. Ada parking yang hotel tu reserve untuk tetamu hotel. Kami drop barang dulu kat hotel pastu baru pergi parking. 






Keluar steam berkepul2 dari perut bumi. 

Lepas check in, maghrib masuk pukul 6 pm. Pukul 8 dah tidur, penat gile. Pukul 4 dah bangun sebab subuh habis 5.30 am. Memang super awal bangun.


Sambung next entry.. ;)

2 comments:

  1. Salam Sis nk tanya.
    Sewa kereta dekat Jepun kena bayar deposit guna kredit kad ke wkatu nak ambil kereta?

    ReplyDelete
  2. salam. masa booking online tu, kena masukkan credit card details. tapi tu tak tolak duit. masa bayar kat jepun tu, bayar penuh guna cash.
    mungkin different company, lain cara dia

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...