Melancong Hokkaido Musim Panas/Autumn: Niseko Tempat Ski - nurinkhairi Nak Rumah Macam Ni!

17 September 2017
~Edisi Bercuti Jalan2 ke Hokkaido~


Mula2 beli tiket ke Hokkaido untuk bulan September, naif sungguh nurin ingatkan bulan September dah ada ski. Konon2 sebab Hokkaido paling utara, mesti ada snow punya lah.

Eh, padahal kau dah 2 kali pergi ski kat Scotland dulu takkan tak biasa bulan Sept suam2 kuku lagi cuacanya oi.

Cik Aisyah dah mintak nak tengok snow.. aiya...

Tula pegi sebut lagi..heh..




Lain kali ye nak.. kita datang lagi.

Niseko adalah sebuah pekan yang sangat popular dengan resort ski. Kalau musim ski ni, memang sangat penuh dan meriah pekan ni. 

Kenapa pulak kami ke sini??

Kami ke sini nak duduk apartment dia je!! Haha. 

Kalau musim puncak, harga dia melambung2 mahal. Time bukan musim, harga dia sangat lah berpatutan. 


Apartment ni nama dia Matthew Suites.  Apartment baru bukak dalam December 2015.


Time musim ski tak boleh parking kereta kat luar tu, time macam ni boleh la sebab tempat ni literally takde orang!

Ada orang jenis yang tak kisah pasal hotel, ada yang backpacker je, tapi seriusly bila dah ada anak dan family, korang akan rasa yang accomodation yang best sangat memainkan peranan penting.

Sampai rasa macam taknak keluar pun ada jugak, so yang tu bahaya sikit la..

Anyway, yes Niseko takde apa sangat time musim panas atau autumn. Diorang cam ada jugak promo Niseko time ni dari segi aktiviti cam rafting, hiking, berbasikal.. tapi takpe aa.. kurang berminat di situ.




Pemandangan dari apartment kami, kosong gila actually. Malam pun sangat sunyi. Nampak macam ada banyak kereta parking, tapi satu orang pun kami tak nampak masa kat sana kecuali yang sambut kami untuk check in. 




Apartment dia best bukan sebab best 5-star ke apa.. tapi sebab harga dia sangat berpatutan dan banyak betul function. Kitorang ambik saiz studio je. King bed. 

Harga yang kami bayar ialah 12,000 yen (dalam RM 480). Mahal jugak ke?

Haa..Try compare harga musim ski. Bilik ni dalam RM 920, iaitu 2 kali ganda tau. 

Kat sepanjang jalan ni memang accomodation tourist semata sebab jalan ni memang terus ke kaki gunung untuk ski. Grand Hirafu mountain. Harga yang kami survey k..ni anggaran je ikut timing apa yang pilih la.


  • Accomodation 'Powder Tracks': Musim panas/autumn - RM 525/night, musim ski - RM 1700/night
  • Accomodation 'Always Niseko': Bukan musim ski - RM 550/night, musim ski - RM 750/night



Setakat yang kami survey, Matthew Suites ni yang paling murah dan ada dapur, ada laundry dan yang paling penting, benarkan budak2 untuk stay, ataupun takde charge extra untuk budak2. 

Ada accomodation yang tak bagi budak stay. 

Nak tunjuk accomodation ni sebab boleh la bagi ilham rumah idaman.. yela rumah ai is work in progress..uhuhu..




Dapur lengkap. Ada periuk nasik, microwave, induction cooker. Di sebalik pintu kayu yang belah kiri ni ialah peti sejuk besar. 


Kagum2.. nurin sebagai owner homestay kagum dgn homestay ni. Semua pots and pans dia Tefal. Toaster pun Tefal.


Pinggan mangkuk dia Corelle. Pisau brand Swiss Victorinox. Haih..am I the only one longing for those kind of knives. #makmaksangat

Actually memang lengkap la dapur dia.. semua peralatan sampai ke pemotong pizza dengan sudip spageti pun ada. 



Tong sampah pengasingan sisa buangan. Susah betul oi nak jumpa tong sampah kat Jepun ni. Kami terpaksa end up mengangkut sampah sampai balik hotel pun ada. 




Dishwasher! Terlupa lak nak guna. Tak reti la nak guna tak tau material apa boleh letak kat dalam ni.. kalau tupperware boleh ke? eh??

Memang kami bedal buat nasik goreng. Memang dah siap bawak beras, perencah dengan ikan bilis. Ingat nak beli je bawang, telur dengan sayur je.




Kat sana takde jual la bawang yang kecik2 tu, ada bawang besar je. Pastu cili padi pun takde. Betul ke orang Jepun tak makan pedas2? Habis tu wasabi tu apakah.


Sila makan..









Mula2 I tanya dengan orang yang sambut kami untuk check in, nama dia Hazel, Canadian. Mana washing machine. Dia bukak satu pintu kecik, ada washing machine. Of course ada function dryer sekali lah. 

Lama gila wash and dry dah nak masuk 3-4 jam baru siap.




Toilet dia satu hal. Toilet seat cover guna motion sensor. Setiap kali orang masuk dia akan terus automatik bukak toilet seat cover.

Terkejut oi bila mula masuk. 

Pastu lepas dia auto bukak seat cover, dia akan light flush. I think dia deodorize jugak. Memang membazir elektrik. 


Towel heater dekat reflection cermin tu. Kat Malaysia duduk landed house kita pakai matahari ok
Ada sekali tu kami tengah iron baju kat dalam toilet sebab kat situ senang ada plug point, pastu toilet bowl tu bunyi tet tet tet..pastu ada lampu kat seat dia. Bila gerak sikit terkena sensor dia, dia bukak. Pastu takde orang nak duduk, dia tutup balik. Gerak sikit, bukak balik. Ish annoying pulak.  




Berapa banyak fungsi flush yang dia ada.. tapi seriusly bila tekan tak rasa ada beza sangat pun. 

Siap ada butang position kiri kanan. Ni untuk aim air dengan lebih tepat ni. Haha.

Yang function pulsate dengan oscillate tu, nurin tak dapat pastikan amende. Bila tekan takde buat hape pun. Confuse.

Yang butang sebelah pulsate tu akan angkat toilet seat yang pertama, for the.. men..

Setakat ni toilet ni yang paling banyak function button yang nurin pernah jumpa. Haha.




Tempat shower dia nasib la macam biasa je. Cuma nurin ambik inspirasi macam mana air dari shower dia tak mengalir ke luar. Dari mata kasar nampak macam tile dia sekata je. 


Jangan la pelik nurin jakun dengan rumah ni ok. Dah nama blog pun pasal rumah dengan travel, so kita gabung jadi satu.







Kes mak2 ni memang tak dapat ditolong kalau dah suis pun kau nak ambik gambar and post dekat blog


Add caption

Siap ada floor heating. 


Add caption

Castor macam ni memang ada dalam wishlist. Rasanya kena custom made from carpenter. Boleh masukkan barang dan tolak masuk ke bawah katil. Masalahnya katil kami divan. Ah, nanti kita carik katil mana boleh kita sumbat ok.


Kurang sesuai untuk kanak2 sebab Adam habis sepahkan benda ni.


Add caption


This is the majestic view....Subhanallah.. Grand Hirafu mountain. Bestnyaa kalau time snow..




Accomodation ni masa kami datang, kami sorang je duduk dalam apartment ni. Rasanya ada lagi 4 bilik selain bilik ni. Pastu tempat ni takde check in, ala macam homestay biasa la.



Pintu masuk dengan passcode


InsyaAllah kami akan datang balik. Plan lagi 5 tahun untuk main ski bila anak2 dah besar sikit..ahah.. Kan abah kan..erkk..




2 comments:

  1. laju2 scroll td, igt ada pi showroom, tunjuk gambar toilet semua..
    hahaha, bukan selalu nak jumpa benda canggih2 ni..

    enSuami ada cuba toilet yg buka sendiri ni kat rumah mertua pakcik nabilah raya haji lepas..
    kalau tak silap harga 3-4ribu..
    xtau la apa yg best sgt, toilet mahal2 ni..

    ReplyDelete
  2. Detail sungguh perkongsian Nuris, thank you sis. Akak rancang nak ke Jepun akhir tahun ni, tu yang bizi sikit carik info

    Seronok nengok pic2 tu sume

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...