Ibu Bekerja - Apa Dilema Korang Dalam Memasak2 Untuk Anak dan Keluarga??

25 March 2018
Sebab nurin kerja dalam industri yang boleh kata 'male-dominated' gitu, walaupun ramai jugak ladies2 di ofis, tapi ladies yang dah ada anak2 terutamanya yang 2 orang dan ke atas, takde la ramai sangat.. 




Kat ofis nurin, antara topik yang nurin gemar tanya kepada mommies2 rakan sekerja ialah: masa hari minggu, korang masak kat rumah ke atau beli/makan luar, dan kalau masak kat rumah - apa tips korang untuk prep makanan dan masak secara efficient. 

Terus terang lahh..nurin sebenarnya tergolong dalam kategori selalu beli/makan luar. Biasanya dalam 5 hari tu, mungkin sehari je yang masak (dan masak tu boleh tahan 2 hari..so kira 2 out of 5 days la kannn hahaha). 

Tapi kadang2 terasa dan tercabar jugak sebab ada yang gigih wo.. salah sorang kawan nurin (bukan kerja kat ofis yang sama), walaupun sampai rumah dah nak pukul 7 atau walaupun lepas maghrib, gigih jugak sediakan makanan anak2 dan suami, sebab katanya makanan luar tak pasti berkhasiat ke, macam mana cara dia sediakan kita taktau. Erkk sentap..




Percaya tak, kebetulan bila borak2 dengan salah sorang mommy colleague kat ofis yang juga gemar masak kat rumah, dia kata, pagi2 dia akan keluarkan bahan mentah yang dia nak masak daripada freezer, contoh: ayam/daging etc, dan akan masukkan dalam bahagian chiller / fridge. Jadi masa dia balik petang, dah siap boleh terus masak tanpa perlu tunggu untuk nyahbeku. 

WHAAATTT?? Seriously macam mana nurin tak pernah tau ilmu rumahtangga ini selama ni??? Jadi sejak dari haritu nurin dah cuba praktikkan benda tu kat rumah.

Tambah pulak nurin dapat peluang untuk menyertai program anjuran Dumex Dugro dan disertai oleh ramai mommies2, yang nurin yakin banyak mempunyai pengalaman dan dilema ibu bekerja yang sama macam nurin (ececeh nak sedapkan hati). 


Program 'Sesi Mama - Mama Penyayang' bersama Dumex Dugro ni sebenarnya program julung2 kali diorang anjurkan, yang berkonsepkan sharing ilmu keibubapaan, nutrisi, pemakanan, dan banyak lagi.. sharing daripada ibu2 kepada ibu2. 

Korang pernah dengar atau tengok iklan Dumex Dugro.. dengan 'tagline' dia.. 'Jadilah Lebih Lagi'. Sebagai ibu mesti nak anak2 kita jadi lebih lagi kann.. lebih hebat, lebih pandai, lebih cergas, semua lebih lahh.. so kita sebagai ibu bapa pun kena aa lebih lagi. 

So kira event ni adalah komitmen Dumex Dugro aa untuk menyokong ibu2 dalam perjalanan keibubapaan nih.. contohnya lah yang paling nurin rasa bersalah sekali.. kau nak anak jadi cerdik dan cergas, tapi bagi makan tak cukup nutrition, layankan aje dia taknak makan atau makan merapu tuh.. arghhh memang kena tegas soal2 ni dari sekarang!!

Bila nurin attend event ni pun, kau perasan yang organizer Dumex pun berusaha untuk 'lebih lagi' la gituuu sebab ehh Dugro ni produk susu kan..tapi dia go one step beyond dan expand fokus kepada semua mommies, dan fokus kepada ilmu keibubapaan, nutrisi pemakanan dan banyak lagi. 


Pengurus Pemasaran Dumex Dugro, Ms Ye Vian


OK, so anyway event ni terbahagi kepada beberapa segmen:


  • Emcee perkenalkan pihak penganjur, selebriti dan expert2 yang hadir
  • Pastu sesi demonstrasi memasak 2 resipi - demo memasak tu lain daripada biasa sebab kita dengar commentary pasal ingredient dia, apa nutrisi dalam setiap ingredient, termasuk lah cara storage ataupun preparation. Haa yang ni memang nurin suka lerr mendengarnyerr
  • Acara memasak sendiri 2 resipi tu 

  • Last sekali ada sesi soal jawab panel2 expert dan selebriti bersama dengan ibu2 yang hadir

Emcee pada hari tu, Yana Shamsudin dan juga Diana Amir turut serta. Chef yang dijemput ialah Chef Norzailina Nordin, pernah appear kat lebih 80 buah rancangan dan menghasilkan lebih 100 buah buku masakan.. haha kau ada?!




Dan barisan expert termasuklah 2 orang daripada pasukan Dumex Careline diorang. Eh walaupun anak nurin minum susu Dugro, tapi tak lah penah tau pasal Careline ni dan apa yang diorang buat.. ni baru tau.. ingatkan pada mula2 Careline ni macam aduan after-sales ke apa..macam produk2 lain kan.. kalau produk rosak ke, tak menepati expectation ke apa.. 

Rupanya salah ah.. sebenarnya pasukan Careline Dumex Dugro ialah pasukan yang terdiri daripada barisan ibu2 yang pakar dalam bidang masing2 - ada pakar diet, pakar nutrisi, bekas jururawat.. ia adalah talian 24 jam / 7 hari seminggu untuk melayan pelbagai persoalan daripada ibu bapa dalam aspek2 berkaitan. 

OK, bukan pasal susu je tau.. pasal nutrition, pasal ingredient ke, parenting ke.. agaknya kalau nurin call tanya sekarang ni kat rumah ada bahan2 tang ni je, cuba cadangkan menu berkhasiat dan lengkap sikit..rasanya dia boleh tak bagi idea..hehehe.. setakat ni kau tak boleh google kalau soalan camtu kannn...hehehe.

2 resipi yang dikongsi - Kebab Ikan Comel dan Quiche Ayam & Cendawan Enak


Masa demonstrasi memasak.. Chef Lin demo 2 resipi iaitu: Quiche Ayam & Cendawan Enak, dan Kebab Ikan Comel. Organizer ada kasik buku resipi sekali, dalam tu ada 6 resipi semuanya, tapi haritu buat 2 resipi je. 

Konsep resipi dia ialah 6-hari menu resipi makan malam yang RINGKAS, MUDAH, JIMAT dan PENUH NUTRISI. Setiap resipi ni sebenarnya dah diaudit dengan team Careline Dugro untuk pastikan ia kaya dengan nutrisi: macam DHA, Omega 3, Omega 6, serat, vitamin dan mineral. Dan sudah tentu karbohidrat jugak lahh..


4 resipi yang lain 
Quiche ayam tu menggunakan pastry.. dan resipi ikan tu menggunakan konsep kebab skewer.. So anak2 pun rasa tertarik dengan hidangan yang baru, unconventional gitu. Well at least in my house lah, yang biasanya nasi, pasta, noodle je..haha.

OK to be honest, tak pernah pun cuba resipi dengan kulit pastry. Taktau pun apa jenis2 dia.. Kata Chef Lin, biasa kulit pastry ada 2 jenis - shortcrust pastry dengan puff pastry

Puff pastry tu biasanya flaky dan ringan.. pernah tak makan roti sausage kat kedai roti yang kau tak berani nak makan dalam kereta sebab bila kau gigit je, flakes pastry dia akan terabur. 

Yang quiche masa demo masakan tu pulak guna shortcrust pastry. Ia lebih berat dan lebih padat. OK, actually bukan nurin sorang je yang taktau pasal pastry kat dalam event tu rupanya.. (*sedapkan hati*)



Yang belah kiri tu ialah  contoh pastry untuk quiche (shortcrust pastry). Yang belah kanan tu is puff pastry. Kredit: http://www.eatbydate.com/difference-between-puff-pastry-and-pie-crust/

Team Careline pada hari tu rajin menjawab soalan2 daripada para audience


2 orang ahli Dugro Careline yang hadir menjawab soalan2 para audience

Lepas dah habis demo memasak, kami semua dibawa ke tingkat atas venue (The Cooking House, Bangsar) untuk memasak balik 2 resipi tu..! Sebab satu meja ada 6 orang, dan kat situ ada dalam 6 meja total kot.. jadi kami bahagikan tugas untuk cepat siap. 

Ada yang potong, ada yang masak, ada yang susunkan pastry dalam cup kecik2.. OK, memang fun..!! Dah lama tak buat aktiviti memasak beramai2 macam ni.. kalau buat dengan anak pun best kannn.... *hint hint*




Sebenarnya best dapat jumpa rakan2 baru yang sama2 working mums. Lepas dah siap masak and prepare, kami dapat makan sama2.. 










Kalau korang berminat nak sertai event macam ni pada masa akan datang (diorang hint untuk anjurkan lagi), so boleh la follow di website dan Facebook Dumex Dugro untuk dapatkan info. Details ada kat bawah.

Bonus!

Dumex Dugro yang kaya dengan DHA, Omega 3, Omega 6 dan satu2nya produk susu membesar yang mengandungi IcFOS . 

Dugro sekarang ada promosi hadiah bagi setiap pembelian (sementara stok masih ada), iaitu 2-in-1 playmat dan storage bag (washable). Ehh nurin dapat ahh mende ni, antara doorgift yang dia bagi.. sesuai la sangat untuk anak2 nurin yang suka main lego.. kiranya main lego kat atas playmat tu, lepas tu bila dah habis main boleh tarik jadi beg dan terusss simpan beg tu kat tempat lain. 





Takyah ler nak kutip sepah2 lego lagi.

Ni contact details dan maklumat lanjut ok!! 


Dumex Dugro Careline Team
Telefon: 1 800 38 1038



Dumex Dugro promosi dan info

5 comments:

  1. wah...bestnya dapat join even macam ni.
    saya jenis banyak memasak di rumah sebabnya suami saya jenis tak suka makan di luar. Kami belum ada anak lagi, so ni masa training la....hehhehehe...kalau rasa tak larat sangat, barulah kami makan di luar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe nasiblah husband nurin jenis tak kisah..sbb angin malas masak tu ada jugak datang kadang2.. huhu

      Delete
  2. best betul dpt join event macam ni,banyak info yang kita dapat kan

    ReplyDelete
  3. Best dapat masak-masak kat sana, rasa macam Masterchef pun ada dah..haha..Anyway, selamat berkenalan ye awak :)

    ReplyDelete
  4. saya dulu keje opis kt site memang ikut mood jgk masak. sekarang keje dr rumah pun kena plan , sediakan bahan masak siap2. jimat masa dan sekarang anak anak dah sekolah kena masak awal untuk diaorg. dah lama tak p event. dapat jemputan tapi xdpt nak p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...