Kos Buat Kabinet Dapur dan Cara Jimat Kos Kabinet Dapur

20 August 2018
Gambar stock photo pexels.com . Apa ingat dapur nurin ke hehe?? 

Biasanya kalau nak masuk rumah, antara benda yang pertama buat mesti kitchen cabinet. Nak buat kabinet dapur, mesti kena sediakan kos yang banyak... ermm ye ke? Mungkin ada kebanyakan daripada kita, termasuk lah nurin sendiri, nak buat kitchen cabinet guna material yang berkualiti terus.  Banyak jenis material untuk kabinet dapur di Malaysia ni dan kos buat kabinet dapur akan bergantung pada:


  • Material dan kemasan yang digunakan
  • Saiz yang digunakan - contoh berapa kaki base unit, berapa kaki wall unit
  • Tambahan feature dapur yang lain - contoh nak buat island, breakfast bar, tall unit etc
  • Berapa banyak drawer set yang kita nak
  • Ada tambahan hardware kat dalam - macam drawer yang tutup perlahan (soft close) atau apa2 lah mak nenek peralatan kat dalam kabinet. Kadang2 ada company yang kasik free untuk sesetengah peralatan


Jenis2 material kitchen cabinet biasanya ialah:

Jenis2 Material Table Top Dapur:
Stainless Steel
Quartz
Granit
Konkrit
Marble
Kayu
Tiles



Jenis2 Material Pintu Dapur:

Stainless steel
Solid wood (contohnya kalau kat Malaysia: nyatoh, resak)
Aluminium
Kaca (3G, 4G, 5G)
Acrylic
Kayu

Jenis2 Material Carcass Dapur:
Stainless steel
Aluminium
Konkrit
Kayu



Jenis Material End Panel:

Kayu



Jenis2 Material Backsplash Dapur:

Stainless Steel
Kaca
Cermin
Natural marble (susah nak carik dah sekarang ni)
Tiles 

Kayu pulak ada macam2 jenis, macam2 gred, macam2 kualiti dan harga. Untuk kitchen cabinet, susunan ni daripada paling mahal hingga paling murah, biasanya:


  • Solid wood 
  • Plywood
  • Blockboard
  • MDF
  • Chipboard
(kredit pada Lowyat Forum pasal banyak ilmu jugak dapat)

Nurin ada jugak cerita pasal jenis kayu kat post ni. Kalau orang sebut formica tu, biasanya ialah kemasan kayu tu. Kena tanya dia guna base kayu apa.. biasanya ialah plywood pastu dia laminate / 'salutkan' dengan formica. 

Kitchen cabinet memang biasa dengan material dipanggil melamine kan. Melamine pulak ialah serbuk kayu chipboard pastu apply tekanan tinggi..tak sama dengan plywood. Dan dia akan apply kemasan melamine..ha gitu. Kat Malaysia ni, ada company yang supply chipboard, macam Mieco

Baru2 ni nurin dengar contractor kitchen cabinet nurin sebut HPL (high pressure laminate). Pun jenis kemasan jugak, tapi boleh apply atas plywood ke, chipboard ke.. Kebiasannya untuk murah, kontraktor akan guna chipboard, pastu kemaskan dengan HPL..

Tanya la banyak2 sikit dengan kontraktor tu tentang jenis kayu yang digunakan, sebab mungkin satu kontraktor quote harga lain dengan kontraktor lain.


Semua nakkan yang berkualiti, tapi lagi berkualiti, mesti lagi mahal. Kadang2 kena pujuk sikit hati ni untuk ambik pilihan yang murah2 dulu.. Nak cerita ni sebab nurin baru je pasang satu kitchen cabinet. OK fine, bukan rumah hakiki nurin, tapi rumah lain yang nurin baru dapat kunci. Niat nak sewa, tapi tak terlintas langsung itu adalah sebab nurin nak buat yang jimat kos weh.. Bila dah buat kabinet dapur kat rumah tu, terfikir.. aihh.. kalau lihat dari perspektif yang lain, kenapa jimat kos kabinet dapur ni ada kebaikan dia jugak:

- Baru nak pindah masuk, nak guna banyak duit. Apa salahnya buat kitchen cabinet yang lebih murah tapi masih cantik. Dalam 5-10 tahun lepas tu, boleh la fikir tukar baru bila dah ada bajet lain

- Kebanyakannya mungkin baru kahwin. Mungkin baru first time dapat dapur sendiri. Dynamic dapur belum tau lagi. Kau suka ke peti sejuk tu kat area ni? Countertop area berapa besar yang diperlukan? Pastu kalau minat buat kek ke, ada ke ruang nak buat? Appliances pulak letak kat mana? Bila dah ada anak, layout dapur tu sesuai ke tak?Terus terang lahh.. sedalam2 nurin fikir masa first time buat dapur tu pun, ada jugak dynamic dapur kat rumah hakiki nurin, yang rasa tak besttt. Contohnya, sebab dapur tu ialah open concept, jadi appliances tak suka letak bersepah kat atas dapur. Ada layout dapur nurin yang boleh sorok appliances tu, tapi sebab kitchen cabinet dah bina tang tu, susah sikit nak adjust - tengah fikir lagi

- Tak nyesal kalau nak tukar, katakanlah rasa berubah fikiran, atau dah rosak. Nurin share pasal carcass nurin kat bahagian sink dah reput sikit. Nak atasi masalah reput atau kembang ni, ada beberapa cara:

  • Pilih carcass jenis aluminium (mahal). Tapi untuk lebih murah, boleh hanya buat carcass aluminium dekat bahagian sink je, tapi yang lain2 boleh ambik jenis melamine
  • Pilih carcass dan table top jenis konkrit (medium cost). Tahan air, tahan anai2
  • Buat table top yang senget sikit mengarahkan air bertakung ke sink 
  • Pilih table top tahan air atau anai2 daripada yang kurang tahan, jadi air tak selalu meresap masuk. Contoh: quartz lebih tahan air daripada granit, kayu2 ni tak tahan anai2 
Strangely, kontraktor yang cakap dgn nurin, takpe takyah pakai yang mahal dulu.. ambik yang medium cost tapi tahan. Kalau perlu tukar, takde la ralat sangat nak tukar baru.

So, kat sini nurin nak cerita macam mana nurin jimat kos kabinet dapur di rumah kami yang 'lagi satu':

1. Pilihan material yang kurang mahal 

- Table top: chipboard dengan laminate HPL (kat bawah ni nurin simplify sebut HPL je), pintu: chipboard dengan laminate melamine (nurin simplify sebut melamine je).

Tengok ni beza quote yang nurin ada dapat untuk:


  • 1 kaki base unit - carcass: melamine, pintu: melamine, table top: HPL
Company A quote RM 152
Company B quote RM 260


Sebab tu kena survey, agak2 dalam 3 hingga 5 kontraktor survey untuk puas hati. 

Lagi satu nurin perasan, kalau guna table top yang lebih 'premium' macam quartz atau granit, dia akan quote asing daripada harga keseluruhan. Contoh kalau guna table top HPL:


  • 1 kaki base unit - carcass: melamine, pintu: melamine, table  top: HPL (contoh kat atas) - yang ni dah all-in RM 152 daripada Company A
Tapi kalau guna quartz contohnya:

  • 1 kaki base unit - carcass melamine, pintu melamine ialah RM 168. Tapi bila tambah quartz, kena tambah lagi RM 180 untuk sekaki (contoh quote Company C). Total dah jadi RM 348 sekaki
Nampak tak, kalau guna table top yang jenis macam quartz, granit atau marble slab, kau kena tambah lagi harga sampai 1 kali ganda lagi.


2. Pilihan layout dapur



Depan sink tu ada tingkap, pastu memandang ke yard. Sebelah sink tu ada pintu, sebab tu L shape dia pendek 

Dapur kat rumah tu saiznye kecik. Mula2 nak buat U-shape, tapi nanti nampak sempit betul. Kebanyakan showroom dalam kondo tu yang nurin pegi, kebanyakkannya L-shape untuk bagi luas. 

Makin besar layout, makin banyak base unit nak kena guna. Makin banyak wall unit nak kena guna. Bila buat L-shape, nurin dah jimat 6 kaki base unit + 6 kaki wall unit kat situ. 

Tapi nurin pastikan yang table top ada ruang untuk buat food preparation etc. Actually nurin perasan yang kalau food preparation, nurin suka yang ada ruang dalam 2 kaki je gitu, sebab menggalakkan kemas on the spot. Rumah hakiki kami pun ada ruang banyak tu je antara sink dgn dapur masak.

3. Tak alihkan paip

Ada antara owner kat kondo tu alihkan paip sebab nak buat L-shape, tapi buat L-shape belah lagi satu supaya L-shape dia boleh jadi lagi panjang. Nurin tak prefer nak alihkan paip sebab kos plumbing jadi mahal. 

4. Jenis hood dan hob

Hood dengan hob nurin beli yang mahal sikit, yang senang maintenance dan ada brand (bukan China made huhu). Tapi biasanya orang beli hood yang ada serombong tu kan (chimney hood). Nurin beli slim hood. Cantik sikit takde la besar sangat memandangkan dapur tu bersambung dengan ruang makan dan ruang tamu. Pastu pasang kabinet dapur kat atas dia.

Hob pulak ambik yang berkualiti jugak, tapi 2 burner je. Dapur kecik2 tak boleh ambik banyak2. Rumah nurin pun 2 burner jugak. Sebenarnya sebab sekarang ni dah pakai airfryer lah, pressure cooker lah, jadi banyak guna peralatan elektrik jugak so tak terlalu banyak guna burner pada satu2 masa yang sama

5. Kurangkan wall unit 

Wall unit biasanya lebih murah daripada base unit. Sebab kedalaman wall unit (dalam 1 kaki) kurang daripada base unit (biasanya 2 kaki dalam). Ada bahagian yang nurin kurangkan wall unit dan ganti dengan para je. 

6. Buat peti sejuk stand alone

Peti sejuk nurin akan letakkan kat bahagian kanan, takde kotak untuk masukkan fridge

7. Survey kontraktor dapur

Nurin pun survey kontraktor beberapa kontraktor dapur. Kalau nak cepat survey, tips nya hanya mintak harga sekaki persegi untuk: base unit, wall unit, table top yang berkenan. Tu je. Pastu move on. 

Biasanya harga base unit dengan wall unit tu, dah termasuk harga pintu. So maksudnya, kena tau pintu jenis apa siap2 yang nak.

Contohnya: Tolong quote kan:

- 1 kaki base unit dengan pintu melamine
- 1 kaki wall unit dengan pintu melamine
- 1 kaki table top. Biasanya guna per foot run basis. Maksudnya, 1 kaki panjang, dan 2 kaki dalam (yang 2 kaki ni standard sebab kedalaman base unit ialah 2 kaki)

Mula2 suruh diorang quote yang tu dulu. So boleh agak2 mana kontraktor yang quote murah sikit berbanding kontraktor lain.

Dan yang pasti, mesti ambik kontraktor yang review bagus, kalau follow facebook atau instagram, ada banyak review bagus atau design / workmanship bagus. Nurin tak berani nak ambik kalau ada review tak bagus.

Lagi satu, ini pendapat nurin je.. biasanya cuba survey kontraktor yang luar daripada yang selalu join expo2. Cuba dapatkan quote dia dan compare dengan yang luar, yang guna instagram atau facebook atau recommendation orang. Sebab kos untuk join expo kan mahal, dia akan serapkan dalam kos kabinet tu nanti.

Conclusion.. kos buat kabinet dapur kat Malaysia ni bergantung pada banyak faktor kat atas. Setiap dapur dan kehendak berbeza.. 

Share lah apa kos kabinet dapur dan camne cara jimatkan kos kat bahagian komen..


Follow instagram nurin.. @nurinkhairiblog

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...