Lagi Pengalaman Guna Granit Countertop untuk Kitchen Cabinet / Kabinet Dapur

05 August 2018
Dalam dua tahun lepas, nurin pernah review tentang pengalaman / kebaikan keburukan menggunakan granit countertop warna hitam di dapur nurin. Saja nak sembang2 pengalaman setelah dalam 4 tahun guna dapur ni. 

Nurin takde dapur lain.. takde dry kitchen atau wet kitchen. Ini je dapur yang ada. Kecik je saiz dapur ni. Masa mula2 masuk dulu, ada plan nak extend dapur untuk jadi wet kitchen. Alhamdulillah setelah 4 tahun, nurin makin rasa yang dah taknak ada 2 dapur.. (jimat duit akuuu). Sebabnya makin banyak dapur, makin banyak maintenance, makin banyak kena kemas. 

Berbalik pada granit, beberapa lagi pengalaman dan thoughts tentang granit countertop:


1. Hands down, countertop granit ni tahan lasak. Takde kesan calar, takde kesan wear and tear. Black galaxy dia tetap berkilat2 bersinar2 seperti dulu. Tapi kena lap la baru berkilat.. kalau tak lap, kusam jugak. Nasib la sebab kaler hitam kann. 

2. Tapi nurin dah mula bosan dengan dapur ni. Belum tercapai hasrat nak dapur serba putih. Granit takde warna putih. Yang paling dekat ialah quartz, tapi rupanya quartz sebenarnya lebih mahal daripada granit. Somehow rasa sayang dengan granit ni kalau tiba2 nak tukar ke.. husband ok nak tukar dapur baru tapi macam tak kasik nak tukar granit

3. Dalam blog post pasal granit tu, nurin ada sebut tentang pencuci spray granit, kononnya takkan nampak wiping streaks. Nurin beli kat Ace Hardware. Hasilnya? Takde hasil pun..haha. Masih nampak wiping streaks jugak, walaupun kain tu bersih. Dalam berkilat pun, kesan lap tu masih ternampak jugak.. Takpe rumah kita bukan showroom. Dapur kita guna tiap2 hari..akak jugak yang guna.

4. Yang sedihnya sebab granit ni kan come in slabs i.e. sekeping2. Pastu dia cantumkan ikut kepanjangan dapur masing2. Sejak beberapa tahun lepas, nurin ada nampak antara slab dia makin lama makin renggang. Sakit mata tengok ni haaaa... makin teruk la isu air diserap masuk. Sebab dapur basah kan, selalunya akan lembap terutamanya bahagian sink akan ada air berkumpul. 

5. Sebelum isu granit slab ni makin lama makin renggang, nurin dah nampak kadang2 ada habuk macam habuk kayu yang berkumpul kat tepi2 dapur. Nurin syak sebab air. Tambah pulak characteristic granit yang porous, i.e. boleh serap.

6. Boleh ke tukar carcass kabinet dapur, tapi nak simpan granit countertop tu? 

- Kebanyakan kitchen cabinet contractor kata kalau cabut countertop tu, memang carcass dia akan rosak dan kena tukar carcass baru.. 

- Tapi pada awalnya nurin sebenarnya nak cabut countertop tu, tapi nak guna countertop tu kat rumah kami yang baru VP. Kontraktor kata masalah dia ada dua: satu sebab nanti bila cabut, carcass dia akan rosak so elok2 nak tukar countertop je, habis carcass pun kena ganti.. Kedua, countertop macam ni, dia akan ukur elok2 ikut dapur kita. Ingat dulu bila dah siap pasang carcass, baru kontraktor granit datang ambik ukuran.. Angle dia mungkin nampak macam 90 darjah dengan dinding dapur, tapi taktau kalau bawak ke dapur rumah lain, mungkin tak ngam 90 darjah. Tambah pulak panjang slab tu mungkin tak ngam dengan ukuran dapur rumah lain. Hmmmm... tak dapat la jugak countertop putih nurin nampaknya.. without not throwing the granite away. 

7. Baru jengah2 post lama kat facebook group pasal decoration.



Material yang sis ni guna sama je dengan nurin punya, tapi dapur dia cantik!  Sis ni pun ada tall unit yang bersebelahan dengan wall unit yang lebih kecil saiz dia..sama je macam dapur ahkak ni. Nurin yakin, bila tiba masa untuk nurin upgrade dapur ni, kalau betul masih nak simpan granit tabletop ni lagi, nurin kena buat 2 perubahan: tambah lighting macam pendant lighting atau bawah wall unit, dan yang paling penting: tukar end panel warna coklat yang nurin ada sekarang! Pengajaran bila nak sign up dengan KC contractor, jangan main sign up je sebab expo and byk diskaun. Tengok dulu apa material and kaler dia ada.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...