Zebra Blind / Roller Blind atau Roman Blind?

04 October 2018
Zebra blind. Gambar from one of the showrooms


Rumah kondominium kami baru VP dalam beberapa bulan lepas. Jadi semenjak tu, busy sikit setelkan rumah lain.. rumah hakiki memang kelautt lahhh.. Kami furnish-kan rumah tu, jadi salah satu benda yang nak dibuat ialah sudah tentu soft furnishing kegemaran nurin iaitu setelkan langsir yang nurin cerita dalam episod shopping langsir terbaru..uhuhu..


Langsir yang nurin beli ialah langsir blackout warna cream , dan full height dari siling sampai lantai. Layout master bedroom dia dari segi tingkap dan layout keseluruhan agak pelik.. sebab pertamanya, ada 2 tingkap yang kecik.. dalam 2 kaki x 6 kaki je saiznya. Lepas tu jarak tingkap tu dari hujung ke hujung tak sama. Tingkap yang belah kanan sangat dekat dengan hujung, yang belah kiri jauh pulak dari hujung.

Tingkap kanan tu dekat sangat dengan dinding yang sebelah

Orang kat situ cakap sebab antara 2 tingkap tu ialah tempat letak bedhead katil, tapi masalahnya kalau katil letak kat situ, akan menghadap toilet pulak. Which is not good lah.. Chinese folks pun tak gemar sebab fengshui tak baguih katanya.

Ada rasa dilema sikit sebab taktau camne nak pasang langsir kat tingkap ni. Sudah tentu kalau pasang 2 keping langsir untuk tutup tingkap tu je, sangatlahh peliknye.. dah la tingkap ni hujung ke hujung tak sama, nak pasang langsir kecik je memang tak cantik lah, kalau simetri jarak tingkap ni dari hujung dinding ok la jugak.

contoh macam ni kan.. simetri (source pinterest)

Pilihan kedua ialah pasang blind. Semua showroom yang nurin masuk kat condo ni, semuanya pakai blinds untuk master bedroom ni. Takde yang pakai langsir. Tak pernah terfikir nak pasang blind kat bilik, tambah lagi master bedroom.. selalu ingat blind ni untuk dapur atau wooden blind untuk luar rumah / patio je gitu.. Ragu2 jugak nak cuba pasang blind.

Pilihan ketiga ialah nak pasang langsir dari hujung ke hujung.. kiranya satu dinding tu langsir semata. Lebar 17 kaki dari hujung ke hujung. Bila kira2, beza harga antara pasang blind dengan pasang langsir 17 kaki takde terlalu jauh beza (langsir 17 kaki mahal sikiit je dalam RM xx kalau ikutkan pengiraan), tapi ada a few doubts.. gelap ke nanti bilik.. kemas ke kalau pasang langsir punya panjang.. kain yang ai beli tu takde la mahal pun.. murah2 je kain blackout nyer.. (anyway, kain tu berkedut..nasib lerr tak beli langsir untuk bilik ni, mau jenuh nurin nak iron langsir kedut 17 kaki.. kalau tak, ngadap la tak cantik langsir kedut 17 kaki hehehe)

Bila orang railing datang ukur, dia cadangkan buat blind.. so oklah, blind it is then untuk master bedroom. So nurin pun survey2 la satu2nya jenis blind yang nurin tau masa tu...iaitu zebra blind. Rasanya zebra blind ni sama je dengan roller blind.. I think??

Zebra Blind

Ada beberapa seller yang jual zebra blind kat instagram. Nurin tanya sorang seller yang kami pernah beli blind dia untuk dapur. Tapi masalahnya sebab kena pre-order la pulakk..tunggu dalam 2-3 minggu baru dapat. 2 seller macam tu, so nurin tak dan nak carik lagi supplier lain.

Kat Nilai 3 pun ada survey jugak zebra blind.. but strangely, beberapa kedai yang nurin pergi, dia ada macam minimum order.. blind tu kena minimum 24 kaki persegi..untuk satu blind. Maksudnya walaupun kita beli banyak keping blind, tapi setiap satu blind tu tak cukup 24 kaki persegi , contoh macam tingkap nurin 2 x 6 = 12 kaki kann setiap satu.. so dia akan charge harga 20 kaki persegi. Walaupun kita beli banyak. Ada 2-3 kedai jugak yang nurin masuk ada minimum order camni.. rugi lah, sebab tingkap nurin kecik je.
Harga untuk 20 kaki persegi ialah RM 240 kat Nilai 3.. rata2 yang paling murah nurin jumpa. Walaupun saiz lagi kecik daripada 20, still akan charge RM 240 jugak.

Of course ada lagi yang mahal lahh.. ada yang "anti-mold" lah, ada yang ada corak bunga2 lahh.. ok. 



Tapi yang nurin survey kat instagram, jual ikut banyak pilihan saiz. Jadi boleh pilih dari banyak pilihan ikut berapa kaki lebar and tinggi. Which is more reasonable lah.


Roman Blind

Beza dengan zebra blind yang jual siap berapa kaki, roman blind lain pulak. Rupanya roman blind ni ala2 langsir jugak..haha..boleh taktau selama ni pun..

Untuk zebra blind, cara maintenance dia ialah dengan wipe clean je.. tapi as for roman blind, ialah basuh macam langsir biasa. 

Nurin decide untuk buat roman blind sebab zebra blind kena tunggu lama lah pulak.. so saleslady dekat kedai Kamdar tu tanya nak pakai kain apa. So of course nurin pilih je kain blackout yang sama dengan langsir yang nurin dah pilih. 

Lepas tu, dia tanya untuk kain untuk bahagian blind belakang, nak pakai kain yang sama ke atau kain lain. Dia cadangkan pakai kain yang murah je sebab tak nampak. Ohhh.. Rupanya kain bahagian belakang tu fungsi dia untuk tutup belah belakang, sebab kalau tak nanti nampak besi blind.. haha noob gila nurin sebab taktau hape..


Kain belah belakang, nurin pilih yang murah sikit

Contoh kain dekat kedai

Besi untuk roman blind, sebelum orang installer tu pasangkan dalam roman blind. Ada tiga batang besi ni for every blind

Pasang Roman Blind




Ni rupa railing track untuk roman blind. Harga untuk upah jahit roman blind yang nurin dapat lebih mahal daripada jahit langsir biasa.. sebagai panduan, upah jahit langsir nurin yang lain ialah RM 11 untuk setiap keping kain bidang 60 (design french pleat, full height) dan RM 2 untuk setiap tie-back (pengikat langsir).

Manakala untuk roman blind ni, kedai charge RM 15 / kaki lebar tingkap. 

Tu baru upah jahit, pastu ada charge supply railing pulak.

Untuk langsir, nurin dapat quotation RM 6 untuk setiap kaki lebar tingkap. Mungkin ada sesetengah rasa mahal, sebab dah masuk upah orang ukur tingkap, bagi quotation kepada tailor, pastu datang lagi untuk supply dan pasang railing. Tapi roman blind pulak, quotation nurin dapat RM 17.35 / kaki. Fuhhh..mahal betul.




Installer tu pasang dengan lekat velcro je daripada kain roman blind tu terus ke railing. Nurin tanya ni tahan lama ke.. lekat guna velcro je..  tambah pulak kalau nak basuh, masuk washing machine semua.. dia kata tahan. Ada anyone punya pengalaman yang boleh share?

Dia ajar jugak camne nak cabut blind tu dan cabut tali blind. OK lah, let's see how my tenants will maintain these blinds.

Anyway, share lah pengalaman guna roller blind / zebra blind atau roman blind. Apa kekurangan atau kelebihan dia.. atau dari segi maintenance? Mechanism dia cepat ke rosak..?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...